Thursday, January 15, 2009

Tanggal 11 Januari, 2009

Tarikh keramat yang tak akan dapat aku lupakan hingga ke akhir hayatku. Suamiku pergi menyahut pangillan Ilahi.

Saban malam aku tidak dapat melelapkan mata. Mungkin ini adalah cara Dia membantuku untuk tabah dan mendapat kekuatan. Mungkin Dia mahu aku mengadu dan merintih, memohan bantuan dan rahmat-Nya untuk meneruskan hidup ini demi anak-anakku.

Aku memang sudah biasa ditinggal-tinggalkan... Di awal tahun 90an, aku di KL dia di JB. Kemudian aku di KL dia di UK. Selama empat setengah tahun aku menjadi ibu dan bapa kepada empat anak-anakku ( anakku yang kelima hanya dilahirkan pada tahun 2000). Akhirnya pada tahun 1994, aku telah berpindah ke JB.

Selama 3 tahun berikutnya, kami menjalani kehidupan seperti pasangan normal yang lain.

Pada tahun 1997 , dia meletak jawatan untuk membuka syarikat sendiri. Kehidupanku sebagai isteri yang sering ditinggalkan bermula kembali, sehingga ke akhir hayatnya. Tuntutan pekerjaannya memerlukan dia berada dimerata tanah air, bahkan ke luar negara.

Sepatutnya aku sudah lali... Sepatutnya aku tidak meratap sedih... Sepatutnya aku lebih tabah... Sepatutnya aku lebih kuat... Kerana aku sudah biasa ditinggalkan...

Ya Allah ...
Aku akur akan takdir-Mu...
Aku pasrah pada kehendak-Mu...
Namun...
Aku memerlukan rahmat dan bantuan-Mu

Ya Allah...
Anugerahkanlah aku ketenangan...
Berikanlah aku ketabahan...
Setabah para anbiya'...
Melayani karenah umatnya...

Ya Allah...
Bantulah aku untuk bangun...
Menjadi hamba-Mu yang lebih baik dari sebelumnya...
Menjadi ibu yang lebih baik dari sebelumnya...

Ya Allah...
Cucurilah rahmat ke atas ruh arwah...
Redhailah dia...
letakkanlah dia dikalangan orang-orang yang Engkau kasihi...
Ameen... ya Rabbal 'Alameen...

Ku hadiahkan Fateha buatmu, suamiku
Ku doakan kau tenang di sana...

2 comments:

naqib&aliya said...

assalammualaikum wbt..

Dear mak cik Isma...

Takziah dari aliya dan suami di atas permergian Almarhum Pakcik Fuad. Semoga rohnya ditempat di sisi Allah SWT... Aliya doakan makcik kuat n tabah utk mengharungi hidup ini... Aliya dan keluarga rasa bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk bertemu arwah pakcik fuad dan makcik sekeluarga semasa kenduri aliya tahun lepas..

Fazwa Azima said...

Salam..
cdih dgr crita mak cik..
walaupun kt xprnah kenal..
Mak sy pun br je meninggal 29/12/08..
sy memahami prasaan bl ditinggal org tersayang...
sm2 kt bersabar k..
hidup & mati mmg lumrah manusia..
Salam takziah..